Friday, September 24, 2021

TAFSIR SURAH 97-111 :: PERISTIWA AKHIR ZAMAN

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang mulia in, tanggal 9 Julai 2021 Roh Nya dan malaikat Nya mengajarkan hampir 15 surah, sebagai petunjuk jelas kepada peristiwa akhir zaman. Ini merupakan 15 surah boleh dikatakan yang paling akhir  berkaitan petunjuk akhir zaman, sebelum  meletusnya peristiwa-peristiwa. Oleh itu bersiap siagalah wahai orang orang yang beriman. Dan yang masih celaru dan tersesat dalam kebenaran, bersegeralah bertaubat kepada Allah, sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

Berikut adalah berita peristiwa-peristiwa akhir Zaman dari kalam suci Al Quran . Bacalah dengan nama Tuhan mu...

------------------------------------------------------------------------

(RANGKUMAN TAFSIR SURAH 97-111)

Sesungguhnya utusan akhir zaman dipersiapkan dalam satu malam , iaitu pada malam Al Qadar. Malam yang penuh keberkatan, turun bersama cahaya para malaikat dan roh kepadanya. Sesungguhnya dia benar benar telah mendengar ucapan salam dari kami, dalam ketakutan dia menyaksikan alam sujud kepada Tuhan nya, dan dia bersujud bertaubat kepada Tuhannya. (Tafsir Al Qadr)

Kami membacakan ilmu hikmah dari lembaran suci kepadanya. Dikalangan ulama , ahli kitab ada menerimanya ada mendustakannya. Mereka terpecah belah. Padahal apa yang diucapnya adalah jalan yang lurus. Sungguh kami tidak menyuruh mereka mendustakan, mereka disuruh taat kepada Allah. Mengerjakan solat, menunaikan zakat. Itulah jalan yang lurus. Orang kafir dari kalangan ulama dan ahli kitab itu serta orang musyrik, mereka sejahat jahat makhluk (ulama su), mereka akan masuk ke neraka jahanam, dan kekal didalamnya. (Tafsir Al Bayyinah)

Apabila berlaku gempa-gempa dan meletusnya gunung-gunung merapi. Itu adalah tanda munculnya utusan kami. Maka tibalah hari pembalasan. Barangsiapa mengerjakan kebaikkan sebesar zarah akan melihatnya, Barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah akan melihatnya. (Tafsir Al Zalzalah)

Munculnya pasukkan tentera, segerombolan kenderaan tentera (contohnya pesawat, kereta kebal, kapal), mereka datang dengan bunyi yang mendengus kencang (bunyi enjin), ada yang  memercikkan bunga api (menembak), ada yang menyerang sehingga menerbangkan debu ( bom-bom). Pada hari ini manusia akan menyaksikan keingkarannya (sebagai hukuman) , kerana cintanya kepada harta yang berlebih lebihan.  (Tafsir Al Adiyat)

Apakah Hari yang membuatkan hati terketar-ketar. Tahukah kamu apakah Hari yang membuatkan hatimu terketar-ketar, itulah hari hari bom- bom berjatuhan, kuatnya kesan letusan sehingga manusia terlontar berterbangan bagai kupu kupu. Gunung-gunung hancur , debu berterbangan. (Tafsir Al Qariah)

Wahai manusia, kamu bermegah megahan (sebelummu kaum Ad dan Thamud juga bangsa yang bermegah-megahan). Sekali kali tidak, Sekali-kali tidak , Sekali kali tidak. Sebagaimana apa yang menimpa kaum Ad dan Thamud, kami tidak akan membiarkan engkau bermegahan atas bumi Tuhan. Kelak engkau benar-benar akan menyaksikan dengan mata kepalamu sendiri neraka Jahim. Itulah kesudahan orang-orang yang zalim. (Tafsir Al-Takathur)

Demi waktu, manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman kepada kebenaran mengerjakan dan kebajikkan. Mereka saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Celakalah kepada mereka yang tidak beriman kepada kebenaran, malah mengumpat dan mencela dan bakhil untuk menginfakkan hartanya pada jalan tuhan ( Fisabilillah). Dia akan dilontar ke neraka Hutomah. Ia adalah api yang membakar sehingga ke hati. ( Perut mereka rasa terbakar sehingga ke hulu hati ). (Tafsir Al Asr dan Al Humazah)

Tidakkah engkau melihat apa yang berlaku kepada tentera bergajah. Begitulah dalam peperangan besar, kami mengirimkan burung-burung Ababil ( pesawat-pesawat tempur) , sehingga mereka (musuh-musuh) musnah. Wahai tentera-tentera Tuhan, kamu akan diuji dengan cuaca sejuk dan panas. Berimanlah kepada Allah, Tuhan yang esa yang meletakkan diri Nya sebagai penolong dan pelindung kepada orang beriman. (Tafsir Al Fil dan Quraisy)

Akibat peperangan ini, ada anak yang hilang ayahnya, dan menjadi yatim, ada yang menjadi miskin kesan peperangan. Bantulah mereka, saling tolong menolong. Celakalah mereka yang mampu untuk menolong, tetapi enggan membantu, sekali pun mereka adalah orang orang yang menunaikan solat. Sungguh, Tuhanmu telah memberi nikmat yang banyak. Maka berkorbanlah (hulurkan pertolongan dan infakkan hartamu) dan dirikan lah solat (dekatkan diri kepada Allah). Sesungguhnya orang orang yang membencimu ( utusan dan penolong penolong agama Allah) merekalah yang terlepas dari rahmat Allah. Katakanlah untukmu agamamu dan untukku agamaku. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. (Tafsir Al-Maun, Al-Kauthar dan Al Kafirun)

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Engkau akan melihat manusia akan berduyun duyun memeluk agama Allah. Maka ucapkanlah syukur, bertasbihlan dan bertaubatlah kepada Allah. Apabila datang kemenangan hancurlah kejahatan (Iblis dan Dajjal), Binasalah kedua dua tangannya (mata sepet dan uncle sam), serta isterinya ( eropah). Mereka akan masuk ke dalam api yang bergelora. (Tafsir Al Nasr & Al Masad)

Sekian, (Pemuda bani Tamim)

 


No comments:

Post a Comment

NO