Pada malam yang diberkati, iaitu malam lailatulqadar, kami menurunkan Al Quran, kitab yang jelas dan segala urusan yang penuh hikmah. Sesungguhnya kami lah YANG MEMBERI PERINGATAN melalui rasul rasul (utusan-utusan) yang kami utuskan, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Tetapi mereka dalam keraguan dan bermain main. (Tafsir Penjelasan, Dukhon 2-9)
Maka tunggulah PADA HARI KETIKA LANGIT MEMBAWA BENCANA (DUKHON) YANG JELAS. YANG MELIPUTI MANUSIA. INILAH AZAB YANG PEDIH. Kemudian setelah diazab, barulah mereka berdoa “Ya Tuhan Kami, Lenyaplah Azab ini dari kami, Sesungguhnya kami akan beriman”. Bagaimana mereka akan beriman, sedangkan sebelumnya telah datang utusan memberi peringatan. Mereka berpaling dan berkata “ Dia itu membawa ajaran dari orang lain dan seorang yang gila” ( Tafsir Penjelasan, Dukhon 10-14)
Dalam bulan Julai 2021 ini sahaja, kita telah menyaksikan pelbagai musibah dan bencana alam. Kebakaran besar di LEBANON, ITALY, TURKEY, RUSIA, CANADA, SIBERIA, CHINA, CALIFORNIA, SABAH, yang membawa asap dan kabut tebal (Dukhon), yang meliputi, menyesakkan pandangan dan keronkong, yang membakar apa sahaja dalm sekelip mata. Ini adalah PERINGATAN dari Tuhan Yang mencipta Langit dan Bumi, Allah yang Esa. Supaya engkau kembali kepada Nya dan bertaubat atas dosa-dosa sebelum datang hari yang berat, iaitu Kiamat.
Sebagaimana Kaum Firaun telah berlaku sombong kepada Nabi Allah Musa a.s dan melampaui batas dalam menghambakan Bani Israel, begitu juga kaum berdosa Tubba (raja-raja negeri Yaman). Sesungguhnya hari keputusan, adalah waktu yang dijanjikan buat mereka semua. Iaitu hari azab berat yang menimpa, sehingga seorang teman yang sedang melihat temannya sedang sengsara tidak mampu menolong, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah. (Tafsir Penjelasan, Dukhon 40-42)
Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk (kepada manusia) dengan (dasar) kebenaran dan dengan itu (pula) mereka berlaku adil menjalankan keadilan. (Al-Araf 7: 159). Diantara utusan akhir zaman adalah keturunan Musa a.s yang akan memberi petunjuk kebenaran dan menegakkan keadilan. Dan ayat Dukhon diatas dengan tegas menyebut perumpamaan, Kaum Firaun yang mendustakan Nabi Musa a.s, dan kaum Tubba Yaman, Mereka itu adalah bangsa Arab dari Qahthan yang paling kuat pasukannya dan peradaban yang berjaya, yang mempunyai empangan air. Dimanakah Qahtan?
Dan kenapa ayat ini menyebut kaum firaun yang mendustakan Nabi Musa a.s. Secara fikrahnya, ia seolah olah menjurus kepada Qahtan, yang utusan akhir zamannya dari kaum Musa a.s, kerana surah ini sedang bercerita tentang Hari Keputusan.
Sesungguhnya ZAQQUM, makanan bagi orang banyak dosa, seperti lelehan tembaga yang mendidih di dalam perut. Seperti mendidihnya air yang sangat Panas. “Peganglah dia, seretlah dia ke tengah neraka. Tuanglah diatas kepalanya azab dari air yang sangat panas, Rasakanlah sesungguhnya, kamu benar –benar orang yang perkasa lagi mulia. Inilah azab yang kamu ragukan ( Tafsir penjelasan, Dukhon 43-50)
Inilah ayat-ayat yang menggetarkan jiwa, yang membuatkan hati luluh, ayat ini menyebut “kamu benar-benar orang perkasa lagi mulia”, surah Dukhon turut menyebut “FIRAUN dan TUBBA”, gelaran bagi raja raja. Iaitu orang – orang SOMBONG, yang merasa dirinya lebih baik, lebih kuat, lebih mulia dan raja-raja, para penguasa, orang orang berkuasa. Orang sombong itu adalah orang yang menghina orang lain disebabkan merasa diri lebih baik, lebih mulia, lebih berilmu, sehingga sanggup menolak kebenaran.
Dan ayat ini menyebut, “heretlah dia ketengah tengah neraka, dan tuanglah azab dari air mendidih yang sangat panas dan Zaqqum bagai tembaga yang meleleh didalam perut”. Perhatikanlah, tanah tanah kamu, ada yang mempunyai gunung berapi ada yang tanahnya mengeluarkan air panas (Contoh Legong, Sungkai, Langkawi, Labis, Pedas, La La Jerteh, Tok Bok, Sg Jin, Bentong). Berfikirlah, sesungguhnya ini adalah peringatan tentang hari yang besar. Marilah kita semua bertaubat atas dosa-dosa, menyesali segala salah dan silap kepada Allah dan makhluknya, dan melakukan pembaikkan dalam semua perkara. SOLAT lah, SOLAT 5 Waktu. Bersyukurlah atas segala nikmat Tuhan.
Wallahualam.

No comments:
Post a Comment