Friday, September 24, 2021

TAFSIR QAFF :: HARI GEMPA-GEMPA, BUMI TERBELAH

Tahukah anda sepanjang 2021 ini terdapat 87 Gempa Bumi diserata Dunia. 10 Gempa Bumi berlaku sepanjang bulan JULAI 2021 ini. Bukankah tanda-tanda Kiamat itu berlaku setelah banyaknya Gempa-Gempa. Apabila surah Qaaf dibacakan, maka TAKUT dan TAAT lah kepada Allah. Bacalah…

________

Datang seorang pemberi peringatan dari kalangan mereka sendiri. Tercenganglah orang kerana dia memberitahu, hari ini adalah HARI PEMBALASAN diatas kelakuanmu dahulu. Orang kafir mengatakan “Ini adalah sangat ajaib”. Apakah kita akan hidup semula setelah mati. Itu mustahil berlaku lalu mereka mendustakan kebenaran yang datang, maka mereka berada dalam kacau bilau. (Penjelasan Tafsir Qaaf 2-5)

Tidakkah mereka menyaksikan apa yang berlaku dilangit dan dibumi. Lalu kembali bertaubat dan tunduk kepada Allah (Penjelasan Tafsir Qaaf 6-7)

Kebangkitan itu mudah bagi Allah. Sebagaimana pokok kamu tuai dan menerusi air kami tumbuhkan, pokok pokok itu melalui biji benihnya. Begitulah manusia, kami tiupkan kembali rohnya (tiupan sangkakala pertama) ke dalam Rahim, maka dia kembali ke dunia ini dan menerima balasannya. (Penjelasan Tafsir Qaaf 11)

Sebelum kaum Nuh a.s, penduduk Rass dan Tsamud mendustakan para Rasul (utusan) (Tafsir ayat Qaaf 12). ---- Tidakkah engkau memerhati ayat ini, Nabi Nuh a.s adalah Nabi ke 3, bagaimana kaum Rass dan Tsamud terlebih dahulu mendustakan rasul (utusan). Ini adalah hari kebangkitan, Rass dan Tsamud dibangkitkan terlebih dahulu dan diberi peringatan, tetapi mereka mendustakan kebenaran.

Begitu juga kaum Ad, Firaun, Luth, Aikah dan Tubba. Semuanya mendustakan para rasul (utusan). Maka berlakulah ancaman Ku ( Penjelasan Tafsir Qaaf, 13-14)

Kami yang mencipta manusia. Kami lebih dekat pada dirinya dari urat lehernya. Mengetahui apa yang dibisikkan hatinya . Pada setiap manusia itu, adanya malaikat di kiri (pengiring) dan malaikat dikanan (saksi). Mencatat semua amal perbuatannya dan setiap ucapan perkataannya. (Penjelasan Tafsir Qaaf 16-17)

Kemudian mereka dimatikan . Datanglah sangkakala pertama, hari kebangkitan. Setiap manusia datang dengan malaikat pengiring dan malaikat saksi . Berlakulah amaran yang diingatkan. Penglihatanmu hari ini sangat tajam. Malaikat berkata, inilah catatan yang ada padaku. Yang ingkar dan keras kepala, lempar ke neraka. Dan juga Yang enggan melakukan kebajikkan, yang melampaui batas dan bersikap ragu-ragu. (Penjelasan Tafsir Qaaf 19-24)

Yang menyekutukan Allah (Syirik) . Azab yang keras untuknya. Syaitan berkata aku tidak sesatkan mereka. Janganlah bertengkar dihadapan Allah. Allah tidak menzalimi hambanya. Merekalah yang menzalimi diri sendiri. Syurga didekatkan kepada hamba yang dirinya dan hatinya selalu bertaubat, memelihara peraturan Nya, dan yang Takut kepada Allah. Kerana hari itu (keselamatan dari azab dan kesejahteraan) kekekalan. (Penjelasan Tafsir Qaaf 26-34).

Ada peringatan bagi orang-orang yang mempunyai Hati atau menggunakan pendengaran. Sedangkan dia menyaksikan ( Tafsir Qaaf 37). --- Berlaku pelbagai bencana alam, bagi yang hatinya dapat melihat kebenaran, yang membenarkan apa yang didengarnya iaitu peringatan-peringatan maka dia akan sedar apa yang berlaku.

Bertasbihlah  dengan memuji Tuhan mu 1) sebelum terbit matahari (sebelum atau pada waktu subuh), 2) sebelum terbenam Matahari (selepas asar), 3) pada malam hari –tahajud 4) setiap selesai solat. ( Penjelasan Tafsir 39-40).

Dengarlah seruan pada hari penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat. Pada hari mereka mendengar suara yang sangat dasyat (suara alam semesta, kilat, gempa). Itulah hari keluar (Lalu manusia berlari keluar dari tempatnya untuk menyelamatkan diri) . Iaitu pada hari bumi terbelah dan manusia keluar dengan cepat ke tempat pengumpulan . (Penjelasan Tafsir Qaaf 41)

Berilah peringatan dengan Al Quran kepada siapa yang takut akan Allah (Tafsir Qaaf 45)

Wallahualam.



No comments:

Post a Comment

NO