Wahai orang berselimut. Bangunlah, Lalu beri peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu. Dan tinggalkan lah segala perbuatan yang keji. Dan janganlah engkau memberi sesuatu untuk mendapatkan balasan yang banyak. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah. (Al Mudathitir 1-7)
Maka apabila sangkakala ditiup. Itulah hari yang susah. Bagi orang-orang kafir tidak mudah. Biarkanlah. Aku bertindak terhadap orang yang Aku sendiri ciptakannya. Aku berikan kejayaan yang melimpah dan anak-anak (para pengikut) yang selalu bersamanya. Dan aku berikan kelapangan hidup seluas-luasnya. Dan dia ingin sekali aku menambahnya. (Al Mudathitir 11-15)
Tidak Boleh ! Sesungguhnya dia telah menentang Ayat-Ayat kami. Aku akan bebankan hidupnya dengan perjalanan kehadapan yang payah (Al Mudathitir 16-17)
Apabila sampai kepadanya Peringatan (ayat-ayat), dia merenung memikir, wajahnya megerut masam dan menetapkan " ini hanyalah perkataan manusia". Dan berpaling dari kebenaran dengan sombongnya. Maka, Celakalah dia. Bagaimana dia menetapkan. Kelak aku akan memasuknya ke dalam neraka Saqar (Al Mudathitir 18-26)
Tahukah kamu Apa itu Neraka Saqar ? Saqar itu apabila dimasukkan ahli-ahli nya, neraka Saqar menyeksa azab demi azab sehingga binasa. Yang menghanguskan kulit. Padanya ada angka 19.
Dan kami jadikan penjaga nya para malaikat. Dan kami menetapkan angka 19 itu sebagai ujian kepada orang kafir dan yang didalam hatinya ada penyakit. "Apakah yang dikehendaki Allah dengan angka itu?" . Dan orang orang ahli kitab, dan orang-orang mukmin yang beriman, bertambah tambah iman mereka dan tidak ragu ragu. Demikianlah diberi petunjuk orang orang yang dia kehendaki dan dibiar sesat orang orang yang dia kehendaki.
(Ini kerana pada waktu ayat diturun orang tidak tahu apa dimaksudkan dengan angka 19. Bagi ahli kitab hal ini ada dalam kitab mereka, oleh itu bertambah tambah yakin dengan ayat ini, tetapi kepada orang kafir yang ragu ragu dengan ayat, tertanya tanya apakah -19 itu) (Al Mudathitir 27-31)
Tidak! Demi Bulan dan demi Kegelapan (malam) apabila berlalu. Demi fajar apabila sinar matahari mulai terang. Saqar itu bencana yang sangat BESAR, sebagai peringatan kepada manusia yang dalam keraguan untuk menerima atau menolak (saya faham cucuk vaksin covid 19). Dia bertangungjawap ke atas pilihan tindakkannya sendiri. (Al Mudathitir 32-38)
Kecuali golongan kanan (yang menerima kebenaran). Mereka berada didalam syurga (terlepas dari Azab), mereka saling bertanya tentang keadaan orang-orang yang berdosa (menolak kebenaran dan memasukkan diri dalam azab)
Apakah yang menyebabkan engkau ditimpa seksa ini?
Mereka menjawap "Dahulu kami tidak termasuk orang orang yang menegakkan solat (saya faham mereka adalah orang orang yang menutup masjid-masjid Allah dan menyebabkan solat tidak dapat dilaksanakan). Tidak memberi makan orang miskin (Mereka menetapkan jika tidak ada cucuk tanda dilengan tidak boleh kesana sini, tidak boleh membeli menjual sehingga orang orang itu jatuh susah).
Bahkan kami berbincang ke arah yang salah. (Tujuan mereka salah malah menzalimi). Mendustakan hari kematian sehingga datang kematian (dengan itu jelas neraka saqar datang sebelum kiamat).(Al Mudathitir 33-47)
Lalu tidak berguna lagi Syafaat Pertolongan dari orang orang yang menyampaikan syafaat (pemberi petunjuk). Mengapa kalian mendustakan utusan, bagai keldai Liar yang lari terkejut, Lari dari Singa. Tidak! Engkau tidak takut akhirat. Sesungguhnya dia itu benar benar memberi peringatan. (Al Mudathitir 48-55)

No comments:
Post a Comment