Bismillahirrahmanirahim...
Engkau bertanya tentang Azab (Hari Perhitungan dan Pembalasan)? Ia pasti terjadi, Azab yang menimpa orang-orang kafir (orang-orang berdosa melakukan kesalahan seperti pecah amanah, rasuah, kezaliman, kejahatan). Engkau melihatnya Jauh, Kami melihatnya Dekat, iaitu pada hari langit bagaikan cairan tembaga dan gunung-ganang bagaikan bulu (tanah longsor runtuh berkecai). Azab dari Tuhan yang menguasai tempat-tempat turun dan naik. (Turun naik para Raja, Pemerintah dan Pemimpin, hari ini mereka akan dihitung atas amanah yang mereka telah ambil.
(Penjelasan Al Maarij 1-9)
Orang orang yang pecah amanah dengan mengumpul dan menyimpan (harta, wang, kuasa) apa yang diamanahkan kepada mereka. Pada hari ini, mereka diheret ke muka Keadilan. Kepala mereka berusaha keras berfikir, ingin menebus dengan anak, isteri serta ahli keluarganya. Mengharapkan Tebusan itu dapat menyelamatkan dirinya. Sama sekali TIDAK. Malah sahabat karibnya tidak lagi bertegur sapa. Azab itu memanggil Orang-orang yang membelakangi (tidak taat pada hukum, undang-undang) dan dia berpaling (mengikut kehendak hawa nafsunya). Azab mengheret orang-orang bersalah satu demi satu dan memenjarakan mereka
(Penjelasan Maarij 10-18)
Dan manusia suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat harta dia menjadi amat kedekut. Kecuali ...
1) orang orang yang mengerjakan solat dan istiqamah mendirikan solat.
2) orang orang yang menginfakkan hartanya, menunaikan zakat sedekah.
3) orang orang yang membenarkan hari pembalasan
4) orang orang yang takut akan azab-azab tuhan. Sesungguhnya Azab-azab itu tidak dapat dihindari
5) orang orang yang menjaga nafsu syahwat (kehormatan)
6) orang orang yang memelihara amanah (tangungjawap)
7) orang orang yang berpegang pada janji dan kesaksian.
Mereka dimulia kan di dalam syurga (hidup aman dari diazab)
(Penjelasan Maarij 19-35)
Maka mengapakah orang-orang yang kafir kepadamu mereka datang berkelompok-kelompok kiri dan kanan bergegas-gegas. Patutkah mereka mengharap masuk syurga (selamat dari dihukum). Aku bersumpah Demi Tuhan Timur dan Barat. Aku boleh menggantikan mereka dengan kaum lebih baik (menurunkan orang orang pecah amanah itu dan menggantikan dengan pemimpin lebih baik) . Dan aku adalah Orang yang tidak boleh dikalahkan.
(Penjelasan Maarij 36-41)

No comments:
Post a Comment