Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al Quran, firman Nya yang agong. Tidak bengkok dan membimbing ke jalan yang lurus. Sebagai peringatan tentang Azab Nya yang pedih dan khabar gembira balasan baik kepada mukmin yang soleh, mereka kekal didalam selama-lamanya. Dan Al Quran adalah amaran kepada orang yang telah menuduh "ALLAH mempunyai Anak". Itu adalah pembohongan yang keji. Allah itu Tunggal atau Esa, tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan (penjelasan ayat 1-4)
AYAT 5
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
Mereka yang menuduh itu tidak mempunyai pengetahuan tentang Siapakah Pemuda Gua itu. Keberadaannya. Dia adalah hamba-hamba Allah bukan anak Tuhan. Syirik adalah dosa besar. Oleh itu marilah kita bertaubat kepada Allah , moga Allah mengampunkan dosa dosa kita semua. Amiinn. Wahai Pemuda janganlah engkau berdukacita jika mereka yang menuduh tadi, tetap berpaling setelah keterangan ini.
AYAT 7-8
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Dunia ini dan segala isinya hanyalah ujian, untuk melihat siapakah yang lebih baik amalnya. Dan setelah itu pada Hari Pembalasan, bumi menjadi punah ranah dan tandus
AYAT 9-14
Adakah engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".(10) Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11) Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”(13-14)
AYAT 15-16
(Mereka berkata pula sesama sendiri): “Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu. (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.(15)
AYAT 17-18
Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.(17) Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.(18)
Petunjuk kepada orang orang, Gua pemuda itu disebelah pagi matahari berada disebelah kanan, ketika petang , matahari disebelah kiri. Carilah pemimpin itu. Atau kamu akan sesat dan tidak dipimpin.Mereka menyangka pemuda itu menyedari sekelilingnya. Pemuda itu ditidurkan atau ditutup mata dari melihat dan menyedari sekelilingnya. Sedang penjaganya ada didepan pintu.
AYAT 19
Dan demikianlah Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
Kemudian pemuda itu disedarkan oleh Allah, yang dia adalah Sang Penyelamat dari Timur. Lalu dia tertanya Tanya kepada temannya , saya baru tersedar, sedangkan saya telah memerhati tanda tanda ini. Adakah engkau telah lama sedar? Sudah berapa lamakah engkau mengetahuinya? Lalu Pemuda Gua itu pun datang mengutuskan perkhabaran kepada manusia tentang keimanan mereka Tuhan kami Allah yang Esa, Tuhan yang sebenar benarnya. Kalau orang orang mengetahui adanya pemuda gua, mereka akan membaling batu atau secara paksa kembali pada kepercayaan kaum mereka, yang menyembah tuhan-tuhan yang lain.
AYAT 21
Dan demikianlah Kami Perlihatkan mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, dan kedatangan hari kiamat itu tidak ada keraguan padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang yang melihat berbantahan sesama sendiri mengenai urusan mereka. Setelah itu salah seorang dari mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di atas mereka (pemuda gua), tuhan mereka jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang yang berkuasa atas urusan itu berkata: “Sebenarnya kami pasti membina sebuah rumah diatas mereka”.
Apabila ada antara manusia mula menyedari adanya Pemuda-pemuda Gua itu. Mereka mula berselisih, kerana ajaran yang dibawanya (perumpamaan wang perak lama) yang berbeza dengan kepercayaan mereka. Lalu diantara pemuka-pemuka agama itu mencadangkan untuk mendirikan rumah ibadah disisi mereka, bagi mengetahui kebenarannya.
AYAT 20
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus, tambah sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
Mereka tinggal dalam Gua selama 3009 tahun dari tarikh surah ini diturunkan, secara total 4452 tahun dahulu atau 2500-2400 SM (Sebelum Masihi). Usia mereka lebih tua dari Nabi Allah Musa a.s, atau kitab Taurat . Oleh itu apakah Ar Raqim? Ar Raqim adalah Batu Bersurat Ebla, didalamnya tercatat ajaran, nama Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Gemorrah dan sebagainya. Sebagai bukti kebenaran setiap kaum didatangkan rasul utusan yang membawa petunjuk kepada kaumnya.
Oleh itu siapakah utusan itu? atau Siapakah pemuda gua itu? Jika anda berbalik kepada ayat 3 Al kahfi, orang mukmin soleh yang mendapat balasan baik dan mereka kekal selamanya (reborn). Pada tahun 2500 SM selepas banjir besar, macam pernah dengarkan (Noah and the great flood) ? Umat manusia kembali kufur kepada Allah, mereka suka berperang sesama sendiri, dan meninggalkan agama tauhid, memadam atau melupakan wujudnya Tuhan yang Esa.
Lalu Allah hantarkan The Messiah. Dia merupakan rakyat biasa, sebagaimana Thalut diangkat menjadi Raja Bani israel, The Messiah diangkat dari rakyat jelata menjadi Raja Sumeria. Dia merupakan seorang perempuan, Queen Kung Bau (Ku Baba), tetapi dipanggil King of Sumeria. Dia adalah ratu atau pemerintah perempuan pertama didunia dan digelar raja, menunjukkan kekukuhan kekuasaannya.
Kung Bau datang menamatkan peperangan peperangan yang berlaku, memberi makan orang miskin, memerdekakan jiwa dan memerintah dengan keadilan. Dan menjadi raja yang dikenang mengukuhkan kekuasaan dan kedudukkan kerajaan Sumeria. Dia memerintah selama 100 tahun.
Ahli fikir berpendapat, apabila zaman kegelapan bermaharajalela Allah akan hantarkan The Messiah untuk meruntuhkan "the darkness" dan mengembalikan keadilan dan kebenaran. Sebagaimana, Allah telah menghantarkan Maryam binti Imran dan anaknya Nabi Isa a.s kepada bani Israel, yang gemar berbangga dengan identiti kaumnya, sombong dan angkuh, membunuh para Nabi. Hadirnya Maryam, perempuan yang dianggap suci, tiba-tiba mengandung (mukjizat Allah), tidak dapat diterima Yahudi dan dianggap mencalar maruah mereka.
Di akhir zaman, dikatakan "The Messiah" will returned. Untuk membungkam kejahatan, kegelapan dan kezaliman yang bermaharajalela diatas muka bumi. Bukankah manusia suka berbangga bangga malah dengan angkuh mengikut hawa nafsu mereka? Bukankah Allah sering bertanya "Untuk kamu anak laki-laki, Untuk Dia anak perempuan?". Itu bagi meruntuhkan kesombongan manusia yang telah melupakan Allah, dan menyembah tuhan-tuhan yang lain.
Moga kisah King Kung Bau menjadi pelajaran bagi mereka yang ingin mengambil peringatan. Allah lah pelindung bagi pemuda Al kahfi, tiada sekutu bagi Nya dan tiada siapa dapat membantah Allah dalam keputusan ini.
WALLAHUALAM (Penulisan ini adalah hasil peribadi pemuda bani tamim )


No comments:
Post a Comment