Friday, September 24, 2021

TAFSIR AS SAFFAT :: HARI BERBANGKIT, SAKSI DAN AZAB

Demi rombongan malaikat-yang berbaris bersaf-saf- yang membacakan peringatan – yang mencegah dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Esa. Yang mencipta Langit dan Bumi dan apa diantara keduanya. Dan Tuhan tempat-tempat terbitnya Matahari (Penjelasan AlSaffat 1-5)

Sesungguhnya kami menghias langit dengan bintang-bintang. Dan kami menjaganya dari setiap syaitan yang derhaka ( Bintang adalah sebagai petunjuk, oleh itu dipelihara dari dirosakkan oleh syaitan). Syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar perbicaraan para malaikat dan mereka direjam pada segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan azab ini kekal. Kecuali syaitan yang mencuri perbicaraan, maka ia dikejar bintang bernyala (Penjelasan AlSaffat 6-8)

Apakah penciptaan manusia lebih sukar atau makhluk makhluk lain yang kami ciptakan. Kami mencipta manusia dari tanah liat.Bahkan engkau menjadi hairan terhadap keingkaran mereka 1)mereka menghina engkau 2)diberi peringatan tidak mengendahkannya 3)melihat kebesaran Allah, mereka mempermainkan, kata mereka “Ini adalah Sihir” (Penjelasan AlSaffat 9-13)

HARI KEBANGKITAN

Mereka Tanya “Jika kami telah mati dan menjadi tanah, tulang belulang, apakah kami akan dibangkitkan. Katakan Ya dan kamu akan terhina. Kebangkitan itu satu teriakkan sahaja dan kamu akan melihatnya”. Dan mereka berkata “jika inilah pembalasan itu, alangkah celakanya”. Inilah Hari Keputusan yang dulu kamu dustakan. Kumpulkan orang-orang zalim beserta teman sejawat mereka dan apa mereka sembah. Tunjukkanlah mereka jalan ke neraka. Tahan lah mereka ditempat perhentian sesungguhnya mereka akan ditanya. Mengapa kamu tidak mahu tolong menolong. Bahkan mereka pada hari itu, berserah diri. Saling menghadap dan berbantah-bantah (Penjelasan AlSaffat 16-27)

PENGIKUT DAN PEMIMPIN

Pada hari (keputusan) itu, pengikut-pengikut itu berkata kepada para pemimpin “Kamulah yang dahulu datang kepada kami dari kanan (dengan sesuatu yang Nampak menawan contoh ajaran-ajaran). Pemimpin itu menjawap TIDAK, bahkan kamu menjadi kaum melampaui batas. Kami telah menyesatkan kamu, malah kami sendiri orang yang sesat.

Apabila dikatakan Laillaha illallah, mereka menyombongkan diri. Mereka berkata apakah kami kan meninggalkan sesembahan, apabila Rasul datang membawa kebenaran dan membenarkan rasul-rasul terdahulu. Layaklah azab tuhan menimpa mereka. Pada hari itu mereka bersama-sama merasakan azab. Kamu tidak diberi balasan melainkan apa yang kamu kerjakan. (Penjelasan AlSaffat 28-39)

POHON ZAQQUM

Kami jadikan pohon Zaqqum sebagai azab bagi orang-orang zalim. Pohon yang keluar dari dasar Neraka Jahim. Mayangnya seperti kepala-kepala syaitan. Sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian pohon itu dan memenuhi perut mereka dengan buah Zaqqum. Setelah memakannya mendapat minuman dengan dicampur air yang sangat panas. Kemudian pasti tempat kembali mereka neraka jahim. (Penjelasan AlSaffat 63-68)

KISAH UMAT TERDAHULU

Penghuni neraka jahim itu, mereka mendapati nenek moyang mereka orang yang sesat. Lalu mereka tergesa-gesa mengikut jejak nenek moyang mereka itu. Sebelum mereka, telah sesat sebahagian besar orang-orang terdahulu. Kecuali hamba-hamba Allah yang disucikan dari dosa. (Penjelasan AlSaffat 69-74)

NABI NUH A.S

Nabi Nuh a.s antara hamba-hamba kami yang beriman. Dia telah berdoa kepada kami. Maka kamilah sebaik-baik yang memperkenankan doa. Kami telah menyelamatkan dia dan pengikutnya dari bencana besar. Kami jadikan anak cucunya orang-orang yang meneruskan keturunan. (Penjelasan AlSaffat 75-82)

NABI IBRAHIM A.S

Nabi Ibrahim a.s, datang kepada Tuhannya dengan hati suci (kebenaran). Bertanya pada ayah dan kaumnya. “Apakah yang kamu sembah itu? Apakah kamu berbohong dengan menyembah berhala selain Allah Tuhan sekalian alam?” (Berbohong ini bermaksud menyalahi kebenaran. Secara fitrahnya akal manusia mampu berfikir benarkah kayu dan batu yang mereka ukir itu Tuhan. Kayu boleh dibakar, bagaimana Tuhan sama dengan bahan bakaran. Bata itu boleh dipecahkan, bagaimana tuhan boleh terpecah. Tetapi mereka membohongi diri sendiri).

Ketika kaumnya pergi Ibrahim yang tinggal atas alasan sakit. Baginda lalu memukul berhala dengan tangan kanannya dan bertanya “Mengapa kamu tidak makan”, “Menagapa kamu tidak menjawap “. Apabila kaumnya pulang mereka datang bergegas kepada Ibrahim. Buatlah unggun api untuk membakar Ibrahim. Lalu baginda dicampak kedalamnya. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s dan menjadikan kaum itu kaum yang hina.

Nabi Ibrahim a.s berhijrah “sesungguhnya aku harus pergi menghadap Tuhanku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku anak yang soleh . kami beri khabar gembira dengan kelahiran anak yang sangat sabar (Ismail). Ketika Ismail mencapai usia sudah mampu bekerja dengannya. Berkata Ibrahim “Wahai anakku sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Ismail menjawap “Wahai ayahku. Lakukanlah apa yang telah diperintahkan (Allah) kepadamu, insyaallah engkau mendapati aku termasuk orang bersabar ”

Maka ketika kedua-duanya telah berserah diri. Baginda Ibrahim telah baringkan anaknya diatas pahanya untuk melaksanakan perintah Allah. Lalu kami panggil dia “Wahai Ibrahim, engkau telah membenarkan mimpi itu”. ‘’’Demikianlah kami beri balasan kepada orang-orang berbuat kebaikkan. Ini benar-benar satu ujian nyata. Dan kami tebus Ismail dengan sembelihan yang besar. Ismail termasuk hamba kami yang beriman”. Dan kami beri Nabi Ibrahim a.s khabar gembira, dengan kelahiran Ishak a.s. Seorang yang soleh.

NABI-NABI

Dari Ismail dan Ishak diantara keturunan kedua-duanya, ada yang berbuat baik dan berbuat zalim terhadap diri sendiri. Kami melimpahkan nikmat Musa dan Harun. Kami selamatkan kedua-duanya daripada bencana yang besar (Perintah bunuh Anak Lelaki, biarkan anak Perempuan). Kami tolong mereka, sehingga jadilah mereka orang-orang yang menang. Kami berikan kepada kedua duanya jalan yang lurus. Sesungguhnya mereka termasuk hamba-hamba kami yang beriman. (Penjelasan AlSaffat 83-98)

Nabi Ilyas a.s seorang rasul. Baginda menyeru kaumnya “Mengapa kamu tidak bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba’al dan kamu tinggalkan (ALLAH) sebaik-baik Pencipta. Tetapi mereka mendustakan ILyas. Mereka akan diseret ke neraka, kecuali hamba-hamba disucikan dosa. Sungguh Luth juga seorang rasul. Dan sesungguhnya kamu (penduduk Makkah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas tinggalan kaum Luth), pada waktu pagi dan pada waktu malam.” (Penjelasan AlSaffat 137-138).

Dan Nabi Yunus a.s juga seorang Rasul. Ingatlah ketika Yunus lari ke kapal penuh muatan. Baginda turut diundi, dan termasuk orang-orang kalah. Baginda ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Jika baginda tidak termasuk orang yang banyak bertasbih kepada Allah (Laila  haillaanta Subhanakainni Kuntuminazolimin). Nescaya akan tetap tinggal didalam perut ikan itu hingga hari kebangkitan. Lalu kami campakkan baginda ke tanah tandus, sedangkan baginda dalam keadaan sakit. Kemudian untuknya kami tumbuhkan sepohon Labu. Dan kami utuskan baginda kepada seratus ribu atau lebih sehingga mereka beriman. (Penjelasan AlSaffat 140-148)

SYIRIK

Maka tanyakanlah kepada mereka . “Apakah anak-anak perempuan itu untuk Tuhanmu sedangkan untuk mereka anak-anak lelaki?. Apakah pernah mereka menyaksikan kami mencipta malaikat berupa perempuan? ”

Ingatlah, kebohongan mereka mengatakan Allah mempunyai anak. Dan sungguh mereka benar-benar pendusta. Dan sungguh mereka benar-benar pendusta. Dan mereka mengadakan hubungan nasab keluarga antara Allah dan jin. Sesungguhnya jin mengetahui mereka pasti diseret ke neraka. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.

An-Najm 19-20“Maka apakah patut kamu (orang musyrik) menganggap Al-Lata, Al-Uzza dan Manat yang ketiga, yang paling kemudian sebagai anak perempuan Allah?”. (Menurut sejarah Lata dan Uzza juga tuhan perempuan).

Sesungguhnya kamu (kaum musyrik) apa yang kamu sembah tidak akan dapat menyesatkan seseorang terhadap Allah kecuali orang-orang yang akan masuk neraka jahim.Hamba-hamba yang ikhlas (disucikan dari dosa) adalah terpelihara. Sesungguhnya malaikat-malaikat itu masing-masing mempunyai kedudukkan tertentu. Yang selalu teratur dalam barisan melaksanakan perintah Allah dan terus bertasbih kepada Allah. (Penjelasan AlSaffat 149)

SAKSI DAN AZAB

Dan sesungguhnya mereka benar-benar pernah berkata”Sekiranya disisi kami ada sebuah kitab daripada kItab-kitab diturunkan kepada orang-orang dahulu. Tentu kami akan menjadi hamba Allah yang ikhlas (disucikan dari dosa). Tetapi ternyata mereka berpaling dari Al-Quran, kelak mereka akan mengetahui akibatnya. (Penjelasan AlSaffat 167-170)

Janji kami kepada Para rasul, mereka pasti akan mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya bala tentera kami yang pasti menang. Maka berpalinglah engkau (Muhammad s.a.w, rasul menjadi saksi kepada umatnya, pada setiap diri manusia itu ada 2 perkara, satu pencatat, satu saksi atas segala amal perbuatannya. Allah perintahkan berpalinglah (tutuplah mata) engkau dari menyaksikan kemusyrikkan dan kemungkaran yang mereka lakukan). Sehingga sampai waktu tertentu (hari keputusan /pembalasan), perlihatkanlah azab kepada mereka. Apabila azab seksaan, itu turun dihalaman mereka, maka sangat buruklah bagi orang-orang yang telah diperingatkan. Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang mahaperkasa dari Apa yang mereka sifatkan. Salam Sejahtera bagi para rasul. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam (Penjelasan AlSaffat 171-182)



No comments:

Post a Comment

NO