Friday, September 24, 2021

TAFSIR AL SAFF :: SELAMATKAN DIRI DARI AZAB

 Segala yang dilangit dan dibumi tetap (ISTIQAMAH) bertasbih kepada Allah. Dialah yang Mahakuasa lagi MahaBijaksana. (Demikianlah manusia perlu Istiqamah dalam mengingati dan beribadah kepada Allah. (Penjelasan AlSaff 1)

Amat besar kebencian Allah apabila kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan dalam aspek ibadah mahupun kehidupan (walk the talk, Do it before you say it, mencontohi dari perbuatan) (Penjelasan AlSaff 2-3)

Jika tidak tahu, cakaplah tidak tahu. Orang yang TAHU. Adalah orang yang memiliki pengetahuan dan mempunyai pengalaman dalam mengamalkan ilmu tersebut. Maka layaklah dia bercakap tentang ilmu itu. Orang yang hanya ada pengetahuan dia bukanlah orang yang berilmu. Apa yang dia tahu adalah untuk dirinya sendiri, sehinggalah dia mengamalkan ilmu itu. Apabila seseorang menyampaikan ilmu yang dia tidak pernah lakukan /amalkan ilmu itu disampaikan dalam keadaan dia tidak yakin (bagaimana dia hendak yakin sedangkan dia tidak pernah menyaksikan) . Lama kelamaan, ilmu itu menjadi tidak sahih, pembohongan dan runtuh.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang menegakkan nilai-nilai islam (merangkumi semua aspek kehidupan), dalam barisan yang teratur rapi (Disiplin Ilmu), seolah olah mereka sebuah bangunan tersusun kukuh. Contohnya, Perang: komander, barisan depan dan barisan belakang. Sains: teori, praktikal, keputusan, kepakaran. Craftmen: Idea, Ukuran, Kerja, Hasil, Perhalusan

Apabila kamu mendustakan kebenaran apatah lagi menentangnya. Allah akan pesongkan hati, membutakan mata walau melihat, Allah tidak memberi hidayah kepada orang Fasik. 

Ingatlah Nabi Musa a.s berkata kepada kaumnya. “Wahai kaumku mengapa kamu menyakitiku sedang kamu mengetahui bahawa aku ini pesuruh Allah”. Kaumnya berpaling. Allah pesongkan hati mereka. Ingatlah ketika Nabi Isa a.s berkata “Wahai bani Israel aku ini pesuruh Allah. Aku datang mengesahkan kitab Taurat dan memberi berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul setelahku yang bernama Ahmad”. Ketika dia datang bersama keterangan dan mukjizat. Mereka berkata ini sihir yang nyata. (Penjelasan AlSaff 5)

Mereka diajak memeluk Islam, tetapi mendustakan Allah, Allah tidak memeberi petunjuk kepada orang-orang zalim. Mereka berusaha memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sementara Allah tetap menyempurnakan Nya. Kebenaran itu boleh dilihat, namun mereka menentangnya kerana penyakit yang ada dalam hati mereka, maka Allah akan menambah penyakit itu kerana kesombongan mereka. (Penjelasan AlSaff 6)

Allah mengutuskan Rasul Nya Nabi Muhammad s.a.w 1-membawa hidayah petunjuk ( Oleh itu Rasulullah s.a.w adalah orang yang terbaik dalam menunjukkan jalan yang lurus. Oleh itu ikutlah Rasulullah s.a.w dan taatlah pada ajaran yang dibawanya, iaitu Al Quran dan Hadis (Sunnah). 2-Agama yang benar iaitu Agama Islam yang paling sempurna ajarannya dari semua agama. (Penjelasan AlSaff 9)

Takutlah pada Azab yang Pedih. Ada satu jalan atau satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari Azab: 1-Beriman kepada Allah dan rasulnya (Syahadah) 2-Membela dan menegak Agama Allah (islam merangkumi seluruh aspek hidup) dengan diri kamu dan harta kamu. (Penjelasan AlSaff 10)

Oleh itu 1) Allah akan mengampunkan dosa dosa kamu dan 2) memasukkan kamu ke dalam syurga Adn itulah kemenangan yang besar. 3) Pertolongan daripada Allah dan 4) Kemenangan yang cepat masanya berlaku. Contoh : Memberi makan orang ini baik (Niat). Dia dengan dirinya dan hartanya berusaha dengan prinsip-prinsip yang kukuh, maka dia akan mendapat pertolongan dari Allah, mendapati kemenangan (hasil) yang cepat. (Penjelasan AlSaff 11)

Wahai orang beriman. Jadikanlah diri kamu pembela –pembela (agama) Allah sebagaimana pengikut-pengikut Nabi isa a.s. Baginda bertanya “Siapakah penolong-penolongku dalam menegakkan agama Allah”. Mereka menjawap “Kamilah pembela agama –agama Allah””. Merekalah orang yang menang. (Penjelasan AlSaff 14)




No comments:

Post a Comment

NO