Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang kukuh. Sesungguhnya engkau termasuk seorang rasul (utusan) dari Rasul-rasul yang telah diutus. Yang Tetap diatas jalan yang lurus. Yang diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani. (Penjelasan Yasin 2-5)
Supaya engkau memberi peringatan kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan Peringatan dan Amaran , sebab itulah mereka lalai. (Tafsir ayat 6) Supaya mereka insaf dan kembali kepada Allah. Ini kerana Dari ayat ini difahami Kaum ini mereka bukanlah orang orang yang tidak mengenal ALLAH sebagai Tuhan mereka, sebagaimana disebut dalam ayat 15 Mereka menjawap ALLAH Yang Maha Pemurah itu tidak menurunkan sesuatu apa pun dan ayat 23 Pemuda itu menjawap Patutkah aku menyembah Tuhan yang lain daripada Allah?
Telah tetap hukuman seksa ke atas mereka kerana mereka tidak mahu beriman. Sama saja engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran mereka tidak mahu beriman.Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka sampai dagu mereka terdongak (iaitu orang orang yang sombong, tidak mahu tunduk mengalah samada benar atau tidak, mereka hanya ingin menang). Akibat buruk kelakuan mereka, yang mendustakan kebenaran kami jadi sekatan dihadapan mereka, di belakang mereka dan kami tutup penglihatan mereka, maka mereka tidak dapat melihat (buta hati terhadap kebenaran) (Penjelasan Yaasin 7-10)
PERINGATAN hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menerima Al Quran serta TaKut kepada Allah Ar Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu keampunan dan pahala yang mulia untuk mereka Sesungguhnya kami hidupkan orang mati, di lauh Mahfuz kami catatkan apa yang mereka kerjakan dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan (Penjelasan Yaasin 9-10)
Ceritakan kepada mereka tentang penduduk sebuah tempat. Ketika didatangi rasul rasul kami. Kami utus kepada mereka 2 Rasul dan diperkuatkan dengan rasul yang ke 3, memberitahu “Kami adalah Rasul (utusan) yang diutuskan kepada kamu dan tugas kami menyampaikan perintah Nya dengan jelas nyata”. Penduduk itu menjawap “Kamu hanyalah manusia seperti kami juga, Allah yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu hanyalah pendusta” (Penjelasan Yaasin 13-17)
Apabila mereka ditimpa malang (musibah dan bala bencana). Penduduk itu berkata, “Nahas malang ini disebabkan kamu (utusan), jika engkau tidak berhenti kami akan merejam kamu dengan azab yang pedih”. Para rasul (utusan) itu menjawap: “Nahas dan malang kamu adalah disebabkan kekufuran kamu, Patutkah kerana diberi Peringatan kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan? Kamu bukanlah orang orang yang ingin insaf, malah pelampau.” (Penjelasan Yaasin 18-19)
Datang seorang Lelaki dari hujung tempat itu berlari datng menasihatkan “Wahai kaumku turutlah utusan itu, yang tidak meminta sesuatu imbalan atas apa yang disampaikan, mereka orang yang mendapat hidayah petunjuk ”. Ditanya oleh penduduk: Apakah engkau telah menerima khabar (berita dan peringatan) yang dibawa para Rasul ini ? Dia menjawap “Mengapa aku tidak TAAT kepada Tuhan yang menciptakan diriku, kepada Nya aku dan kamu akan dikembalikan. Patutkah aku menyekutukan Allah (menyembah tuhan-tuhan lain). Jika ditimpa bahaya, mereka tidak dapat memberi sebarang syafaat dan tidak dapat menyelamatkan diriku. Jika aku menyekutukan Allah, ia adalah kesesatan yang nyata” (Penjelasan Yaasin 20-24)
Lelaki itu meninggal dunia, dikatakan padanya masuklah ke dalam syurga. Dia berkata “Alangkah baiknya jika kaumku mengetahui, tentang Allah telah mengampunkan diriku dan memuliakan diriku”. (Penjelasan Yaasin 27).
Mereka bertanya bilakah kiamat itu jika kamu orang yang benar ( Tafsir Yaasin 48). Kami binasakan penduduk itu dengan “SATU PEKIKKAN DASYAT” (yang diulang sebanyak 2x pada ayat 29, 49), dengan serta merta semua senyap sepi tidak hidup lagi. Mereka tidak berpeluang membuat pesanan (wasiat) dan jika mereka diluar rumah mereka tidak sempat untuk kembali pada keluarganya. (Penjelasan Yaasin 29, 50)
Dan ditiupkan sangkakala maka mereka semuanya bangkit untuk menghadap Tuhan. Mereka berkata aduhai celaka, Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur? Inilah janji Allah dan benarlah berita yang disampaikan para rasul. Satu pekikkan sahaja, mereka serta merta berhimpun di tempat pembicaraan, semuanya hadir (Penjelasan Yaasin 51-52)
Sungguh besar penyesalan dan rasa kecewa yang menimpa orang-orang yang mengingkari kebenaran. Tidak datang seorang rasul (utusan) melainkan mereka ejek dan perolokkan. Apakah mereka tidak melihat. Dari bumi yang mati, kami hidupkannya. Kami keluarkan biji-bijian dan mereka makan. Kami jadikan kebun-kebun kurma dan anggur. Kami pancarkan mata air. Mereka makan buah buahan dan makanan yang mereka olah dengan tangan. Lihatlah malam yang menutupi siang, tiba-tiba kamu dalam gelap gelita. Lihatlah matahari dan bulan beredar pada paksinya, dan kami jadikan bulan seperti tandan kering diakhir peredarannya. Masing masing beredar pada tempatnya.
Kami jadikan bahtera yang membawa mereka belayar. Jika Kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka, tidak ada pertolongan dan mereka tidak akan diselamatkan. Mengapa tidak Bersyukur? Dengan kelakuan mereka itu yang mendustakan para rasul, seharusnya diazab tetapi dengan kemurahan Tuhan, diberikan rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga suatu tempoh waktu.
Telah diingatkan “Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada dihadapan kamu (urusan urusan kehidupan dunia yang fatamorgana) dan apa yang ada dibelakang kamu (hari Pembalasan, huru hara, azab yang besar dan kiamat) supaya kamu beroleh rahmat”, tetapi mereka tidak mengindahkannya malah berpaling. (Penjelasan Yaasin 30-46)
Dan apabila dikata: Dermakanlah sebahagian rezeki yang diberikan Allah, orang-orang kafir itu berkata: Patutkah kami memberi makan, pada orang yang jika Allah kehendaki Dia akan memberi mereka makan. Sungguh mereka ini sesat nyata. (Penjelasan Yaasin 47)
Wahai anak Adam, Jangan menyembah Syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu. Sembahlah Allah. Ini lah jalan yang lurus. Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai diantara kamu, maka tidak kah kamu berfikir dan insaf? (Penjelasan Yaasin 60-62)
Inilah neraka Jahanam yang kamu sering diancam dilempar kedalamnya. Rasalah kebakarannya hari ini. Pada hari itu kami tutup mulut mereka, kedua tangan mereka memberitahu kami dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka lakukan. (Penjelasan Tafsir 63-65). (Pada hari ini akibat Covid19, kita tidak berhujah menggunakan mulut kerana tidak bertemu, masing masing lancang dengan tangannya, dan kaki menjadi saksi perbuatan mereka ).
Jika kami kehendaki kami hapus penglihatan mereka, lalu mereka menerpa mencari jalan. Maka bagaimana mereka melihatnya. Dan jika kami kehendaki, Kami ubah Jasmani mereka ditempat mereka berada, maka dengan itu mereka tidak dapat undur ke belakang. (Penjelasan Yaasin 66-67)
Dan tergamak mereka menyembah tuhan yang lain daripada Allah, dengan harapan mereka mendapat pertolongan daripada makhluk-makhluk itu. Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, serta benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang dibawa hadir. Maka janganlah engkau berdukacita disebabkan tuduhan mereka. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan nyatakan (74-77)

No comments:
Post a Comment